10 Kes Sembunyi Mayat Dalam Tong dan Disimen Sejak 1998
KUALA LUMPUR : Penemuan mayat Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, mendiang Anthony Kevin Morais dalam tong dram berisi konkrit di Subang Jaya pagi ini, sememangnya amat mengejutkan. Namun modus operandi menyembunyikan mayat dengan menyumbatnya dalam tong dram dan kemudian disimen, bukan baru kerana sudah berlaku beberapa kali di negara ini.