Kenapa Najib Memecat Muhyiddin?


Umum mengetahui bahawa Perdana Menteri kesayangan rakyat Malaysia, YAB Najib Razak memecat timbalannya, YAB Muhyiddin Yassin.

Tapi, kenapa YAB Najib memecat Muhyiddin?
Apa puncanya?

Sebenarnya...

Najib memecat Muhyiddin mungkin kerana Muhyiddin adalah seorang pemimpin yang terlalu suci, takut nak buat dosa. Lagipun, bila Najib nak kantoi berkaitan isu 1MDB, Muhyiddin pula meminta Najib berehat agar siasatan dapat dijalankan dengan lebih adil.

Lagi pula, isteri Muhyiddin nampak lebih solehah, dengan bertudung dan tidak pula sentiasa mendampingi suaminya ke mana saja.

Tambahan pula, UMNO ni kan hanya untuk orang yang cerdik pandai macam YB Ahmad Maslam yang sekarang pun dah naik pangkat.

Kan susah nak jadi PM kalau hati tak kering.

Atau, korang ada andaian lain kenapa Najib memecat Muhyiddin?

Kongsikan bersama kami di ruangan komen ini...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Masjid Paling Cantik di Perak

5 Bilik Hotel yang Paling Mahal di Malaysia